1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut
dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi
merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan
melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada
mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu
keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan
menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL
mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu
cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai
isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai
mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat
kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila
keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali
bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang
ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya,
hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah
diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti
anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi
wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa
memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh
intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9
tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum)
Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita
idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu
menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang
untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang
kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan
lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja
aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan
kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang
sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam.
Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga
solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung
ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara
iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan
Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum
berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain”
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa
senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai
menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus
perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang
berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati
dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya
bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat
keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau
berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun
dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah
disayangi.
17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan
diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi,
body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan
sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p
Tidak ada komentar:
Posting Komentar